Tuesday, 5 March 2013

15. Eco-tourism..Tanjung Piai...

TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
.

Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut, tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam. Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru, Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.

Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai. Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu. Taman ini terletak di hujung benua Asia yang paling ke selatan.

Dari Kuala Lumpur, masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) menuju selatan ke Machap. Ambil susur keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke lebuhraya yang menghala ke Tanjung Piai menerusi Benut-Pontian-Kukup (Lebuhraya 96, Lebuhraya 5, Lebuhraya 95). Sampai sahaja di Kukup, ikut arahan papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tanjung Piai

Taman ini telah mejadi sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, sekiranya pelancong tidak gemar berkhemah, anda boleh melawat Tanjung Piai tanpa perlu bermalam di sini. Anda boleh memilih untuk bermalam di salah sebuah hotel atau tempat penginapan lain yang lebih selesa di bandar Johor Bahru.
.

No comments:

Post a Comment